Thursday, 19 November 2009

a few days at paris


salut…

Aku dah masuk lab aku kat UEI (unit computer and electronic), LEI (laboratory computer and electronic), ENSTA Paristech. ENSTA ditubuhkan dibawah kementerian pertahanan perancis. Bangunannya terletak disebelah france air force base. Kad matrik aku pun ada logo france defense base. Aku dan jugak research student lain boleh access ke kawasan base tu, tapi hanya kawasan kantin aja. So masa kitorang lunch and dinner, akan ada pegawai2 air force yg kerja kat situ. Huhu. Mcm tak percaya je. Maklumat diri aku pun dah secara tak langsung berada dalam database tentera diorang. Cuak kan?

Penyelia aku muslim, dan ada 3 org student muslim kat unit research aku. Drpd Italy, Syria, dan Pakistan. So kitorang lunch together. Yg bagusnya, kat kantin air force base tu ada section halal food. Terkejut jugak aku. Pastu murah plak tu. Sebb dapat diskaun kerana student kat ENSTA. Sekali lunch contoh mkn daging sekeping, kentang setengah pinggan, pisang seketul, yogurt hanya kena 1 euro. Tak ke murah tu? Kat dalam paris tu beb. Huhuhu. Tu yg bagusnya. Lagipun lab aku tu pun ada jugak restoran halal berdekatan, masjid jugak dekat.

Tentang solat, di perancis kita tak boleh practice agama secara terbuka. Means muslim tak leh solat kat tempat awam mcm kat tepi jln ke, tepi tangga ke, yg mana boleh di buat kat uk. Tapi dari segi pakaian takde masalah. So time solat, aku join sekali dengan bdk Pakistan and Italy tu kat bilik diorang. Tutup pintu dan solat jemaah. Roommate diorang yg dr spain tu tak kisah. Huhu. Kalau dia complain kena tindakan jugak tu. So bile nak travel, kena solat cara duduk la. Tu pun kena cover2 jugak. Tak leh obvious sngt.

Most student tahu ckp French. Sbb kebanyakkannya buat master kat sini. So dlm setahun diorang dah boleh ckp French. Master kat perancis buat 2 tahun. Tapi research buat dalm English. International student semua boleh ckp English. Tapi aku tengok diorang lebih fasih ckp French. Dan aku kena pick up secepat mungkin bahasa perancis. So that lebih senang nak bincang research as well as bergaul dengan diorang, termasuk penyelia aku.

Au revoir…


Monday, 16 November 2009

welcome to paris.


bonjour...

Aku sampai di Charles de gaulle airport jam 6 pagi, 15/11/09. Pastu pg kat tourist information amik paris map dan lepak2 je kat situ. Pukul 7 aku gerak ke hotel naik teksi. Sampai kat hotel di choisy le roi dekat pukul 8. Hotel buka pukul 9, so kena tunggu la. Aku pusing2 sekitar kawasan hotel tu dengan menarik beg 25 kg. letih beb.


Dekat kul 9, aku check in hotel dan lepak2 dalam bilik je. Pastu keluar pergi beli prepaid, call member aku kat sini yg nak tolong carik rumah. Ptg nye diorang amik aku dan lepak kat umah one of Malaysian family kat sini, tak jauh dari hotel aku ni. Borak2 dengan diorang dan aku rasa mcm seronook je duk france ni, secara peribadi lagi seronok dari kat uk. Huhu. Org Malaysia pun tak ramai kat paris ni, setakat ni baru ada 5 family je, tu pun 2 family hanya stay selama 9 bulan sebab diorang buat master.


Kat sini yg susahnya org perancis tak reti ckp English. So jenuh la aku nak beli barang kat kedai ke, tanya2 apa kat hotel tu ke. Huhuhu. Masa aku beli prepaid tu, aku guna isyarat je. Main bantai je. Org kat kedai tu muslim. So bila tau aku muslim senang skit la diorang nak tolong.


Muslim ramai kat sini. Leh selalu Nampak pompuan pakai tudung dan lelaki arab yg bela jambang. Kedai2 halal pun banyak. Ada satu masjid tak jauh dari hotel aku. Biasanya time solat jumaat penuh org.


Wat masa ni aku lepak kat hotel maybe seminggu kot. insyaAllah dalam 2-3 hari lagi nak tengok rumah, tak jauh jugak dari hotel aku ni. Sewa rumah kat sini puratanya sekitar 600-800 euro sebulan tak masuk elektrik, gas, tv, dll. Keluasan antara 40+ ke 60+ meter persegi. Fullu furnished kecuali mesin basuh, ada satu bilik. Kecik kan?


Kat choisy le roi ni kira macam pinggir paris la. Bukan dalam wilayah paris. If kat kl tu mcm kat sri petaling la. So barang2 dan sewa rumah tu murah skit tak macam kat paris.


Skang ni autumn, dah nak masuk winter. Suhu lebih kurang 11-14 degree. tak berapa sejuk sngt la. Diorang cerita last year snow turun sampai 2 minggu. Huh. Aku dulu kat Liverpool tak pernah jumpa snow. Lagi satu, kat paris ni winter biasanya akan selalu hujan. So jalan selalu basah. Dan itu buatkan semua orang tak suke winter.


That’s all for now. Will update later.



Thursday, 29 October 2009

international journal


alhamdulillah. my first journal publication. thank to Helmy for all his efforts.


cheers!

Tuesday, 27 October 2009

balik pulau

aku baru balik dari kursus btn di balik pulau.

daripada ceramah2 yg aku dengar, ada beberapa perkara yg aku nak cite:

1. apa dia pemimpin? pemimpin adalah bertanggungjawab memajukan dan mensejahterakan orang2 yg dipimpinnya. if kita suami, so kita kena memajukan dan mensejahterakan isteri serta anak2 kita.

2. orang yg byk pengetahuan akan sedikit pertikaiannya, tapi yg kurang pengetahuan akan byk pertikaiannya.

...

cheers!

Monday, 5 October 2009

korban


"Hanya apabila kita berkorban, barulah kita tahu menghargai"

ilmu dan ingkar


orang yang kurang tahu, banyak ingkarnya, dan orang yang banyak tahu, sedikit ingkarnya. Di dalam ilmu syariat, seseorang yang makin tinggi keilmuannya, kita akan dapati dia tidak banyak ingkar perbuatan orang lain. Dia tidak cepat melatah melihat orang lain melakukan suatu yang tidak sama dengan perbuatannya. Sebab dia tahu banyak pendapat dalam suatu masalah. Dia tahu setiap pendapat itu ada dalilnya.

merantaulah


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah;


Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan;


Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar;


Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan

# Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran;


Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam;

Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa;


Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.


sumber: http://abidfana.com/2009/09/29/apa-erti-saya-merantau-ke-luar-negara/