Tuesday, 21 June 2011

kata yg tepat

seseorang yg hebat ilmu pengetahuan nya diukur dgn kata2 yg di sebut nya. mereka dapat menerangkan sesuatu perkara atau menjelaskan apa yg ada dalam fikiran mereka dengan menggunakan word yg tepat, yg menjadikan penjelaskan itu sempurna dan lengkap tanpa memerlukan word lain. selain itu, word yg digunakan juga bukan dari kebiasaan perkataan manusia lain yg tidak berilmu. jika kita amati dgn teliti, kita dpt nilai dgn jujur bahawa seseorang itu hebat ilmu nya apabila mereka berkata2 atau menerangkan sesuatu perkara yg melibatkan bidang kepakarannya.

pelbagai contoh boleh kita ambil. mcm chef masakan. aku menonton masterchef edisi usa yg di hostkan oleh chef gordon ramsay, seorang scottish. jika kita dgr dgn teliti perkataan yg di gunakan semasa beliau memberi komen terhadap masakan peserta, kita tahu dia seorng yg hebat dlm bidangnya. begitu juga dgn dua org penilai lg dlm program tersebut.

selain itu, kita juga boleh lihat pada ulama2 islam terdahulu sbg conth spt abu hazim, antara yg aku tahu sedikit sebyk. pemerintah dizaman nya menemui beliau dan bertanya kan pelbagai soalan tentang kehidupan dunia dan juga akhirat. tiap2 soalan itu di jawab dgn sungguh hebat sekali, tepat, ringkas dan membuatkan org yg bertanya tidak akan bertanya lebih lanjut ttg topik tersebut. satu yg aku ingat adalah seorang pemerintah bertanya kepada beliau "bagaimanakah nasib ku nnt di akhirat wahai abu hazim". dia menjawab "org2 yg beramal soleh tempat nya di syurga dan kekal di dalamnya manakala yg mendustakan Allah neraka tempatnya". jika kita tanya soalan tersebut kepada mana ustaz yg kita kenal, atau bayangkan jika org bertanya soalan tersebut kepada kita, bagaimanakan jawapan kita nnt? pada aku jawapan yg beliau berikan sngt tepat. ia membuatkan aku selalu teringat kata2 beliau.

dan yg paling aku kagum adalah quran. quran adalah mukjizat nabi. antara tanda kehebatan quran daripada pelbagai tanda2 lain belum termasuk yg belum diketahui manusia adalah penggunaan perkataan yg tepat dlm menerangkan sesuatu perkara. pada aku ia sngt menakjubkan. antara yg aku ingat adalah satu ayat tak ingat dari surah apa, ttg penggantian siang dan malam. dlm quran ia di tulis "malam dimasukkan ke dalam siang". pada aku ia sungguh menakjubkan. aku berpendapat, tak akan atau tak mungkin ada seorang manusia dapat huraikan fenomena siang dan malam menggunakan spt yg di terangkan oleh quran.

so itu je perkongsian aku setakat ni. research work berjalan seprt biasa. semoga aku dibantu Allah utk siap cepat dgn cemerlang dan balik mesia segera utk mengurangkan menjimatkan duit goment (baca: duit cukai rakyat malaysia, termasuk bapak aku). amin. sesungguhnya aku sedar tiap2 euros yg aku gunakan di sini akan di persoal dan di hukum oleh penghukum yg sebaik2 penghukum pada hari yg tidak ada sebarang bantuan melainkan dgn izinnya sahaja.

a bien tout mon ami.


1 comments: